BACKGROUND

Fast Blinking Hello Kitty

Tuesday, 16 August 2011

apa yang sudah pergi , biarkanlah ia pergi ~

Mengingat ingat mase lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila . Lebih daripada itu , ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan .
    Bagi orang-2 yg waras , fail masa lalu itu sepatotnye dilipat dan disimpan , bukan dibuka dan dipersoalkan . Ia perlu ditutup buat selama lama nya dan dikurung di dalam penjara kelupaan , diikat dengan gari didalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar . Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahya sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai . Maka ia tidk mungkin kembali dengan apa jua kesedihan , tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan , tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada .
   Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu , jangan biarkan diri ku sentiasa dibayang bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu . Lepaskan dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau . Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya , memulangkan matahari kepada terbitnya , mengembalikan kanak kanak dalam rahim ibunya dan airmata kepada mata ? Sesungguhnya meratapi masa lalu  dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya . Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dasyat dan menakotkan .