Ya Allah , seandainya telah engkau catakan dia milikku , tercipta untuku .. satukanlah hatinya dengan hatiku .
dan ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengasihi .. seiringkanlah kami melayari hidup ini . ketepian yang sejahtera dan abadi ... Tetapi ya Allah , seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku .. bawalah ia jauh dari pandanganku . Luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan serta ya Allah ya Tuhanki yang maha mengerti .. Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit . hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya . Dan ya Allah yang tercinta , gantilah yang telah hilang . tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya . Ya Allah ya Tuhanku , pasrahkanlah aku dengan takdirmu sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini . Ya Allah , cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan di akhirat . Dengarlah rintihan dari hamba,u yang daif ini , jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia mahupun di akhirat . Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia bersama-2 dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkai redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang baik :')
Amin Ya Rabbal A'lamin .....


